Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan samada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut
IJT = Berat ( kilogram ) --- ________________________ Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )
Jika IJT anda (kg/m2) adalah :
Anda adalah
< 18.5
Kekurangan berat badan
18.5 - 24.9
Normal
25 - 30
Berlebihan berat badan
30 atau lebih
Obes
Jika nilai IJT anda adalah diantara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Contoh , seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT :
53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2
( berat badan normal)
Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.
Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :
Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2.
Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah :
Tip yang sihat dan praktikal untuk menambah berat badan :
Anda dikatakan berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2
Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.
Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang.Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.
Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:
Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
Ikuti corak pemakanan yang sihat menggunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan. Makan makanan daripada empat kumpulan makanan asas seperti karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Awasi nilai khasiat makanan yang anda makan dan kebaikannya kepada tubuh badan anda. Kurangkan makanan yang kurang berkhasiat seperti minuman bergula, garam yang berlebihan, lemak tepu haiwan, jenis daging merah dan alkohol. Senaman fizikal amat penting. Luangkan sekurang-kurangnya 20 minit tiga kali seminggu untuk bersenam. Berjalan pantas, tai chi, tarian berbaris (line dancing) dan berenang adalah senaman yang baik, oleh itu pilihlah sesuatu yang anda suka. Jaga kesihatan mental anda juga – buat perkara-perkara yang anda suka dan yang mendatangkan kepuasan kepada anda. Mantapkan kehidupan sosial anda – anda memerlukan rakan-rakan terutamanya apabila anak-anak mula meninggalkan rumah. Panduan mengenai pemakanan yang sihat:
Makan lebih ikan atau pilihlan daging ayam (tanpa kulit) kerana kedua-dua ini kurang berlemak berbanding jenis-jenis daging lain.
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia mengandungi vitamin dan garam galian yang penting.
Makan roti gandum tulen, oat, bran, muesli (sejenis makanan daripada campuran bijirin, buah-buahan kering dan sebagainya), beras coklat, mi gandum tulen atau pasta kerana jenis-jenis makanan ini dapat meninggikan pengambilan fiber anda. Pengambilan fiber adalah penting kerana fiber menyerap air dan menyumbang kepada pembiakan bakteria baik di dalam usus anda. Proses ini juga membantu dalam pengumpulan najis dan menyediakan senaman bagi usus disamping memastikan usus kecil berfungsi dengan sihat dan mengurangkan risiko penyakit usus.
Minum banyak air berbanding teh atau kopi terutamanya dalam cuaca panas di mana anda kehilangan banyak air melalui sejatan dan perpeluhan.
Makan makanan yang kaya dengan kalsium kerana ia mengurangkan risiko osteoporosis. Keperluan kalsium harian sebelum menopaus ialah 1000 mg dan selepas menopaus ialah 1500 mg.
Makanan yang harus dijauhi:
Jauhi makanan berlemak yang boleh menyebabkan risiko berlakunya penyakit jantung.
Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. dipetik dari http://www.ehomemakers.net